Posts

Showing posts from December, 2020

Taiwan catat rekod bersih tiada kes tempatan COVID-19 selama 200 hari berturut-turut

Image
  Tidak seperti kes baharu COVID-19 di kebanyakan negara di dunia yang terus meningkat dan mencatat rekod kes tertinggi jangkitan, Taiwan telah mencatat rekod lain iaitu tiada penularan jangkitan tempatan selama 200 hari berturut-turut. Bloomberg News  melaporkan walaupun pandemik COVID-19 terus merebak serta meningkat mendadak di Eropah dan Amerika Syarikat, Taiwan masih mengekalkan rekod terbaik dunia jauh melebihi negara lain dan mencapai rekod serta prestasi terbaik ke-200 hari pada 29 Oktober. World. Pay attention to what's happening in Taiwan. It will save lives. Record 200 days with no virus cases makes Taiwan the envy of the world. Here's how it kept Covid out. https://t.co/0lUzdhMKK5 via @business — Samson Ellis (@samsonellis) October 29, 2020 Kes tempatan yang terakhir dikenal pasti di Taiwan adalah pada 12 April, dan tiada penularan wabak gelombang kedua. Menurut laporan itu, pulau kecil dengan jumlah penduduk 23 juta orang ini telah mencatat dan melaporkan 550 kes

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar

Image
  Alangkah indahnya dunia jika kita tidak perlu mengeluarkan langsung wang dalam meneruskan kehidupan. Baru-baru ini, ada laporan mendedahkan tentang seorang lelaki dari Jepun yang langsung tidak menggunakan duitnya selama 36 tahun! Bagaimanakah agaknya ya? Rupa-rupanya lelaki tersebut, Kiriya Hiroshi sebenarnya telah lama melabur dalam pasaran saham. Ia dimulakan Kiriya semenjak berusia 35 tahun lagi dan kini usianya sudah mencecah 71 tahun. Nilai saham yang dimilikinya juga mencecah 300 juta yen (RM11,800,000). Untuk pasaran saham di Jepun, terdapat satu sistem khas di mana pelabur akan mendapat pelbagai baucar sebagai satu bentuk ganjaran. Setakat ini, Kiriya difahamkan telah melabur di lebih 900 buah syarikat dan sebagai ganjaran, dia diberikan baucar yang menarik pada setiap tahun. Malah Kiriya juga hanya menunggang basikal sahaja untuk ke mana-mana.. Menurutnya, dia akan menggunakan baucer dan kupon tersebut bagi membeli makanan dan keperluan harian seperti beras, minyak, pakaian