Taiwan catat rekod bersih tiada kes tempatan COVID-19 selama 200 hari berturut-turut

 


Tidak seperti kes baharu COVID-19 di kebanyakan negara di dunia yang terus meningkat dan mencatat rekod kes tertinggi jangkitan, Taiwan telah mencatat rekod lain iaitu tiada penularan jangkitan tempatan selama 200 hari berturut-turut.

Bloomberg News melaporkan walaupun pandemik COVID-19 terus merebak serta meningkat mendadak di Eropah dan Amerika Syarikat, Taiwan masih mengekalkan rekod terbaik dunia jauh melebihi negara lain dan mencapai rekod serta prestasi terbaik ke-200 hari pada 29 Oktober.



Kes tempatan yang terakhir dikenal pasti di Taiwan adalah pada 12 April, dan tiada penularan wabak gelombang kedua.

Menurut laporan itu, pulau kecil dengan jumlah penduduk 23 juta orang ini telah mencatat dan melaporkan 550 kes positif yang disahkan dengan hanya 7 kematian. 

Pakar berpendapat keputusan kerajaan menutup sempadan dan menyekat perjalanan seawal mungkin dengan tegas adalah penting untuk mengekang virus. 

Faktor lain termasuk mengenal pasti kontak rapat secara ketat, penggunaan teknologi untuk menguatkuasakan kuarantin dan pemakaian pelitup muka secara besar-besaran yang secara efektif dapat membantu. 

Di samping itu, pengalaman Taiwan dalam menangani wabak SARS dengan berkesan juga membuat setiap warganya sentiasa berwaspada dan peka.


SUMBER 

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar