Alasan Shah Rukh Khan untuk tidak mewariskan hartanya kepada anak-anaknya walaupun kaya raya

 

Dilahirkan sebagai anak kepada golongan berada mungkin dianggap seperti anugerah dan bernasib baik kerana hidup akan diulit dengan kemewahan dan semuanya pasti akan tersedia di depan mata.
Namun, raja Bollywood ini memutuskan untuk melakukan perkara yang berbeza dengan mengutamakan asal usul diri berbanding dengan wang, harta, pangkat dan sebagainya terhadap anak-anak beliau.
Baru-baru ini, menerusi rancangan Star Breaking News, bintang popular itu telah mengatakan bahawa beliau tidak pernah terfikir dan merancang untuk memberikan seluruh harta kepada anak-anaknya jika tiba satu masa beliau tidak lagi berada di dunia ini.
Beliau hanya ingin anak-anaknya menjadi seorang yang berdikari, dihormati dan disegani oleh orang lain atas titik peluh dan usaha masing-masing.
Beliau dan isterinya sudah terbiasa menjalani kehidupan sebagai keluarga kelas pertengahan dan lazimnya beliau menggunakan hasil daripada titik peluhnya untuk memenuhi keperluan hidup serta menggunakannya untuk produksi filem.
Sungguhpun begitu, beliau akan mewariskan rumah ‘Mannat’nya kepada anak-anak kerana beliau tidak mahu anak-anaknya berebut rumah sama seperti yang dilakukan beliau ketika waktu mudanya dahulu. Kisah Shah Rukh Khan ini memberikan inspirasi buat kita semua, bukan?
Walaupun beliau merupakan salah satu pelakon lelaki yang kaya di dunia, pemegang watak utama dalam filem Baadshah dan Kuch Kuch Hota Hai ini masih merendah diri dan menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anaknya supaya satu hari nanti apabila mereka besar, mereka akan lebih menghargai kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar