Elak kesan sakit berpanjangan

 


MUNGKIN anda sedang menderita sakit belakang, belikat, pinggang, sakit tengkuk atau migrain yang sudah berlarutan sejak lebih beberapa bulan.
Apa yang tidak kena apabila berkali-kali berjumpa doktor tetapi sakit yang dialami tidak sembuh walaupun selepas mendapatkan rawatan?
Lebih menyedihkan, pesakit terus menanggung kesakitan seumur hidup sehingga secara tidak langsung mengganggu aktiviti harian termasuk tidak dapat bekerja.
Felo Pengurusan Sakit, Lourders Medical Centre Sdn Bhd, Dr Nizar Abd Jalil, berkata sakit yang dirasai lebih tiga bulan dikategorikan sebagai penyakit kronik.
Sengsara sepanjang hayat
Penyakit kronik kata beliau, boleh menyebabkan kesukaran bekerja dan menyebabkan pesakit terpaksa kerap mengambil cuti sehingga akhirnya hilang upaya.
"Antaranya termasuk sakit belakang yang paling kerap dialami individu bekerja di pejabat yang memberikan kesan tidak mampu duduk lama serta berdiri," katanya.
Kesakitan dialami bukan saja menyebabkan pesakit sengsara tetapi meninggalkan kesan ke atas ekonomi apabila dibuang kerja, keluarga dan sosial.
Penyakit yang berterusan itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya perlu dirawat dengan berjumpa pakar kesakitan.
Prosedur gelombang frekuensi
Kaedah terbaharu yang diperkenalkan di klinik adalah menggunakan suntikan gelombang frekuensi radio dan laser.
Prosedur ini disasarkan terus ke atas kawasan yang mengalami kesakitan seperti sakit sendi tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan yang meninggalkan komplikasi.
"Radio frekuensi adalah teknik popular di luar negara termasuk di Singapura dalam merawat sebarang kesakitan kronik.
"Keberkesanannya amat tinggi dan tanpa risiko selain tempoh pemulihan juga lebih cepat," katanya.
Suntikan tepat dijalankan di bawah panduan sinar X selama satu setengah jam di kawasan yang sakit untuk menghentikan kesakitan.
Info
Bagaimana frekuensi radio menghentikan kesakitan?
  • Arus elektrik yang dihasilkan gelombang radio memanaskan kawasan tisu saraf dan menghentikan isyarat sakit di kawasan terbabit.
Tahap kelegaan:
  • Bertahan sehingga enam hingga 12 bulan.
  • Dalam sesetengah pesakit, boleh bertahan sehingga bertahun.
  • 70 peratus pesakit yang dirawat mengalami kelegaan.

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar