Pelajar Malaysia terima durian semasa majlis konvokesyen, menjadi sensasi di internet

 

Seorang pelajar universiti baru-baru ini menjadi popular setelah gambarnya memegang durian – bukannya sejambak bunga, semasa majlis konvokesyennya menjadi tular di media sosial.
Mengapa? Kerana bunga terlalu biasa.
Atas alasan yang ketara, Mohd Ludwig yang lulus dari Universiti Taylor pada April lalu digelar sebagai ‘lelaki durian’ berikutan pendedahannya. Apabila ditemu ramah, beliau memberitahu media bahawa beliau masih tidak percaya, memegang durian semasa konvokesyen itu akan menjadikannya terkenal di Facebook.
“Durian ini telah diberikan kepada saya oleh tiga rakan baik saya. Kami sangat menyukai durian, sehingga kami boleh makan durian setiap hari. Itulah sebabnya mereka memilih durian sebagai hadiah konvokesyen saya.
Selain itu, harga bunga sejambak yang dijual semasa konvokesyen sangat mahal. Durian adalah pilihan yang lebih bijak kerana saya boleh memakannya pada penghujung hari.”
Semasa menerima durian, beliau terkejut kerana tidak menjangka kawan-kawannya benar-benar memberinya buah durian. Walaupun ia adalah pelik untuk memegang durian seperti itu, beliau menjadi terkenal di Facebook.
Beliau mengakui bahawa pada penghujung hari, lengannya berasa sedikit letih kerana durian tidaklah begitu ringan, bukan? Ketika ditanya mengenai nasib durian, Ludwig berkata, “Saya dan keluarga saya sangat menyukai durian. Durian ‘udang merah’ sangat lazat!
“Hadiah yang diterima Ludwig meraih perhatian portal antarabangsa dan beberapa kedai bunga tempatan yang juga mula mendapat idea untuk membuat jambakan durian setelah diilhamkan oleh hadiah Ludwig. Wah, boleh jadi idea yang hebat dan unik!
Nah, kita pasti akan melihat lebih banyak lagi seperti ini di masa depan kerana kemungkinan besar ia akan menjadi trend. Kami mengharapkan yang terbaik buat Ludwig dalam hidupnya. #DurianForLife!

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar