Tikus belanda dan hamster kelihatan seperti mochi ketika mereka berbaring pada musim panas

 

Terlalu comel! Saya harap pemiliknya menjaga mereka dengan baik!
Semasa musim panas melanda, ramai orang mula gelisah apabila suhu semakin tinggi. Namun bukan sahaja manusia yang terkesan, haiwan juga terkesan apabila musim panas datang. Gambar di bawah menunjukkan bukti haiwan peliharaan juga tidak tahan dengan cuaca yang panas dan cara mereka menunjukkan tindak balas terhadap cuaca panas amat melucukan.
Ini tidak kelihatan seperti mochi yang lazat. Mereka adalah tikus belanda dan hamster! Mereka kelihatan sangat comel!
Sekiranya anda memelihara haiwan peliharaan di rumah, ingatlah untuk meletakkannya di tempat yang sejuk dan juga memastikan mereka tetap sejuk semasa musim panas. Cuba bekukan beberapa ais atau menyejukkan beberapa tuala di dalam peti sejuk anda dan letakkan di dalam sangkar, ini adalah beberapa kaedah penjimatan wang.
Tidakkah mereka kelihatan seperti mochi? Sangat comel!
Guinea pig semasa cuaca sejuk
Selain terlalu panas, apabila mereka berasa selesa, selamat, santai, mereka akan berbaring meleperkan diri seperti ini!
Jika mereka meleper seperti ini, kita tidak boleh menyangka bahawa mereka berasa sejuk, selesa atau selamat. Anda salah kerana suhu panas juga menjadikan mereka berbaring leper jadi kita harus sentiasa menjaga mereka dengan baik.
Baru-baru ini cuaca agak sangat panas, dan pemilik haiwan peliharaan perlu mengambil perhatian untuk memastikan rumah mereka tidak terlalu panas supaya haiwan peliharaan anda tidak terkesan.
Terdapat berita tentang haiwan peliharaan mati akibat cuaca yang terlalu panas. Hal ini boleh membuatkan kita berasa sedih akan kehilangan mereka. Sebagai peringatan kepada pencinta haiwan di luar sana untuk membuat beberapa persediaan untuk cuaca panas yang akan datang!

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar