【Video】Lelaki ini menghasilkan mi segera yang paling kecil di dunia dan hasilnya membuatkan anda terkesima!

 

Masyarakat Jepun memang terkenal dengan idea-idea yang menarik dan lain dari yang lain. Dalam rancangan hiburan seperti, Masquerade dan Takeshi Castle, Jepun menjadi pelopor nombor satu dunia dalam memberikan hiburan sambil mempamerkan kepintaran masyarakatnya.
Trend terkini yang muncul di Jepun dan kini merebak ke negara lain adalah menghasilkan makanan bersaiz mini. Terdapat pelbagai variasi seperti penghasilan makanan mini yang dimasak dengan kaedah memasak yang sama dan juga menggunakan peralatan kecil untuk menyediakan hidangan makanan segera yang tersedia di dalam bentuk serbuk.
Anda hanya perlu gaulkan serbuk tersebut dengan sukatan air yang ditetapkan dan bentukkan menjadi makanan, anda akan mendapat hasil seperti daging, roti, kentang goreng dan juga keju seperti hidangan McDonald. Untuk melihat video seperti ini, anda boleh cari ‘miniature cooking’ di laman YouTube.
Tetapi kali ini, kami akan memaparkan kepada anda satu video yang menunjukkan proses penghasilan penuh mi segera di dalam cawan. Bezanya, segala-galanya seperti cawan, penyepit kayu, mi dan rencahnya dihasilkan menggunakan tanah liat, kertas dan resin. Jadi, ianya hanya sebagai perhiasan dan tidak boleh dimakan.
Pada awal proses, individu ini telah menghasilkan cawan bagi mengisi mi segera tersebut dengan menggunakan kertas bercetak.
Kertas ini kemudiannya digunting mengikut bentuk yang telah dilukiskan dan digam bagi mendapatkan bentuk cawan seperti di dalam gambar.
Setelah gam mengering, bahagian dalaman cawan dan juga tapak serta lapisan penutupnya akan diwarnakan dengan cat akrilik berwarna perak bagi mendapatkan kesan seperti kertas aluminium.
Dengan menggunakan besi halus dan menghasilkan penyepit kayu mini, ia diletakkan di dalam bahagian cawan bagi mendapatkan kesan seperti mi segera tersebut sedang terapung pada hasil akhir produk.
Mi segera yang diperbuat daripada bahan tanah liat kemudiannya digulungkan pada penyepit kayu dan sebahagian lagi dimasukkan ke dalam cawan.
Seterusnya proses menghasilkan bahan rencah seperti sayur, udang, daging dan lain-lain. Semuanya diperbuat daripada tanah liat dan dibentuk kecil-kecil sebelum diwarnakan mengikut warna tertentu.
Resin dimasukkan ke dalam cawan dan bahan-bahan rencah tadi boleh disusun mengikut citarasa. Walaupun ianya adalah proses yang memakan masa dan tidak boleh dimakan, mi segera mini ini pasti sesuai dijadikan sebagai perhiasan atau ‘keychain’ yang sangat comel!

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar