Piza sosej guna roti perata mudah, ringkas

 


PIZA Perata Sosej. - Foto Muhd Asyraf Sawal
HIDANGAN piza antara digemari ramai, dari kalangan dewasa hinggalah yang si kecil. Jika teringin makan piza, pergi saja ke restoran segera yang menyajikan hidangan itu, dapatlah menikmatinya.
Malah, di pasar malam juga ada menjual piza yang tidak kurang rasa keenakannya. Kalau berasa malas hendak keluar rumah, boleh pesan hidangan itu untuk penghantaran ke rumah.
Kini banyak jenis piza boleh didapati dengan pelbagai rasa yang berbeza. Pilih mana satu yang digemari, sama ada berasaskan sayur-sayuran, makanan laut, tuna dan sebagainya.
Tidak perlu uli
Namun, apa kata sesekali anda luangkan masa dan buat sendiri piza mengikut cita rasa diinginkan. Dengan menggunakan roti perata sejuk beku, hidangan piza mudah disediakan kerana anda tidak perlu lagi bersusah payah menguli tepung untuk menyediakan doh. Malah, rasanya tetap enak.
Paling menyeronokkan, anda boleh letak apa saja pada bahagian atas piza bagi menambahkan kelazatan dan memenuhi selera. Ia juga jauh lebih menjimatkan dan ia pastinya memberikan kepuasan apabila menyediakan hidangan dari air tangan sendiri.
Untuk membuat Piza Perata Sosej ini, anda boleh membakarnya menggunakan kuali leper tidak melekat atau pun memasukkannya di dalam ketuhar gelombang mikro. Oleh kerana roti perata produk sejuk beku, masa diambil untuk membakarnya lebih kurang 10 minit saja. Segala-galanya memang mudah!

KUALA LUMPUR 18 NOVEMBER 2016. Langkah-langkah membuat Perata Sosej. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL
Bahan-bahan;
  • Perata sejuk beku
  • Sosej
  • Keju
  • Lada benggala
  • Mayonis
  • Sos cili
Cara menyediakannya;
1. Bakar roti perata di atas kuali leper.
2. Taburkan keju di atas perata.

Langkah-langkah membuat Perata Sosej. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL
3. Racik sosej dan susunkan di atas perata. Tetapi sebelum itu letak salutkan sos di atas perata.

Langkah-langkah membuat Perata Sosej. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL
4. Bubuh mayonis di atas sosej tadi.
5. Siap untuk dimakan.
info;
Tip untuk menyediakan piza enak;
  • Bakar roti perata hingga garing.
  • Taburkan bahagian atas piza dengan aneka bahan segar seperti udang, cendawan dan ayam.
  • Lebihkan keju dan mayonis bagi membangkitkan rasa.

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar