Ramuan sunnah dalam resepi Chicken Chop

 

MENU Chicken Chop dihidangkan bersama kentang dan sos.
HARI ini, masyarakat perlu mengakui, hidangan chicken chop semakin mendapat tempat dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
Hidangan Barat itu bukan lagi sekadar menjadi pilihan orang kebanyakan.
Siapa mampu menepis keenakan hidangan chicken chop yang panas dan dilimpahi sos mewah dengan rasanya yang asli untuk dinikmati bersama keluarga.
Namun, apa kata anda menyediakan sendiri hidangan chicken chop itu kerana ia lebih menjimatkan dan pastinya ia lebih memberikan kepuasan apabila dapat menyajikan makanan daripada air tangan sendiri.
Tidak sukar menyediakan hidangan digemari ramai itu, malah hanya dengan anggaran masa lapan minit, ia sudah boleh tersedia di depan mata.
Bahan campuran istimewa
Sememangnya, kedengaran agak mustahil, namun jika anda mempunyai tempat pemanggang, mungkin boleh mencuba resipi yang dikongsikan pemilik bersama yang juga cef dari Restoran Warm Warm Chicken Chop, Wan Mohd Haidzar Wan Puteh.
Menariknya resipi ini, ia bukan saja mudah, tetapi turut menggunakan bahan campuran makanan sunnah seperti Habbatus Sauda, cuka epal dan minyak zaitun. Semua bahan itu adalah `rahsia' yang menyebabkan resipi Wan Mohd Haizar cukup istimewa dan lain daripada yang lain.
Penggunaan makanan sunnah itu juga memberikan tambahan pengambilan nutrisi yang elok untuk kesihatan tubuh.
Minggu ini, AURA mengetengahkan langkah demi langkah, penyediaan chicken chop istimewa untuk anda cuba di rumah.
Bahan:
1 belahan daging ayam
1 biji telur, dipukul
1/2 gelas kecil air masak
1 sudu teh Habatus Sauda
1 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk roti
Cara penyediaan:
1) Bahan untuk hidangan chicken chop istimewa.
2) Sediakan daging ayam dan taburkan serbuk perasa di kedua-dua bahagian
3) Celup daging ayam dengan tepung gandum di kedua-dua bahagian.
4) Celup sebelah bahagian daging tidak berkulit ke dalam telur yang sudah dipukul.
5) Taburkan Habatus Sauda dan serbuk roti di kedua-dua bahagian daging ayam itu.
6) Panggang daging ayam selama enam minit hingga ia menjadi kekuningan.

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar