Roti perata coklat pisang kreatif, bangkitkan selera

 

ROTI perata coklat pisang. - Foto Muhd Asyraf Sawal
ROTI perata atau pun lebih dikenali roti canai adalah antara makanan kegemaran penduduk Malaysia.
Makanan yang diperbuat daripada tepung gandum ini, enak dicicah dengan kuah kari atau dal. Lazimnya, untuk merasakan keenakan roti perata, kebanyakan lebih senang menikmatinya di warung ataupun di restoran kerana untuk membuat hidangan ini, agak rumit dan perlukan kemahiran.
   
Namun, untuk memudahkan makanan ini dihidangkan di rumah dan pada bila-bila masa, kini ia diperkenalkan dalam jenis makanan sejuk beku.
Justeru, bagi mereka yang teringin untuk menikmati roti perata tetapi berasa malas keluar makan di luar, bolehlah memilih roti perata sejuk beku sebagai pilihan kerana ia mudah disediakan.
Tanpa perlu bersusah payah, letak saja roti perata sejuk beku di dalam kuali, tidak sampai 10 minit ia sudah pun masak dan boleh dimakan. Malah, roti perata sejuk beku boleh disimpan lama sehingga tiga bulan, sekali gus anda boleh simpan stok di rumah dan jika teringin, terus saja memasaknya.
Hidangan kreatif
Lebih menarik, roti perata sejuk beku boleh dipelbagaikan menjadi hidangan kreatif yang lebih enak dan membangkitkan selera.
Minggu ini, Aroma Kulinari berkongsi resipi Roti Perata Coklat Pisang yang menggunakan roti perata sejuk beku sebagai salah satu bahan utama. Resipi ini sesuai untuk anda yang sukakan kelainan atau mahu bertukar cita rasa kepada sesuatu yang berasa manis dan rangup.
Dengan adunan coklat cair, pisang dan keju sebagai bahan tambahan, ia memberikan rasa manis yang menambat selera. Hidangan ini pastinya disukai kanak-kanak yang biasanya, tidak suka mencecah roti perata bersama kuah kari atau dal.
Bahan-bahan. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Bahan-bahan;
* Roti perata sejuk beku
* Pisang
* Keju
* Coklat cair
Cara membuatnya;
1. Bakar roti perata menggunakan kuali atau ketuhar gelombang.
KUALA LUMPUR 18 NOVEMBER 2016. Langkah-langkah membuat Perata Pisang. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL
2. Taburkan keju di atas roti prata.
3. Letak coklat cair.
4. Racik pisang kemudian taburkan di atas roti prata.
5. Letak sekali lagi coklat cair di atas pisang.
6. Siap dan enak dimakan.
info;
Roti perata atau roti canai;
  • Biasanya dijadikan hidangan sarapan atau minum petang.
  • Bahan untuk membuatnya ialah tepung gandum, air dan garam.
  • Dihasilkan daripada tepung gandum yang diuli menjadi doh, kemudian ditempa seperti lempeng
    dan seterusnya dibakar.
  • Sedap dimakan bersama dal, kari atau sambal.

Comments

Popular posts from this blog

Bahu kaku banyak serang wanita

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar