Posts

Taiwan catat rekod bersih tiada kes tempatan COVID-19 selama 200 hari berturut-turut

Image
  Tidak seperti kes baharu COVID-19 di kebanyakan negara di dunia yang terus meningkat dan mencatat rekod kes tertinggi jangkitan, Taiwan telah mencatat rekod lain iaitu tiada penularan jangkitan tempatan selama 200 hari berturut-turut. Bloomberg News  melaporkan walaupun pandemik COVID-19 terus merebak serta meningkat mendadak di Eropah dan Amerika Syarikat, Taiwan masih mengekalkan rekod terbaik dunia jauh melebihi negara lain dan mencapai rekod serta prestasi terbaik ke-200 hari pada 29 Oktober. World. Pay attention to what's happening in Taiwan. It will save lives. Record 200 days with no virus cases makes Taiwan the envy of the world. Here's how it kept Covid out. https://t.co/0lUzdhMKK5 via @business — Samson Ellis (@samsonellis) October 29, 2020 Kes tempatan yang terakhir dikenal pasti di Taiwan adalah pada 12 April, dan tiada penularan wabak gelombang kedua. Menurut laporan itu, pulau kecil dengan jumlah penduduk 23 juta orang ini telah mencatat dan melaporkan 550 kes

Lelaki Jepun hidup tanpa membelanjakan wang selama 36 tahun, hanya guna baucar

Image
  Alangkah indahnya dunia jika kita tidak perlu mengeluarkan langsung wang dalam meneruskan kehidupan. Baru-baru ini, ada laporan mendedahkan tentang seorang lelaki dari Jepun yang langsung tidak menggunakan duitnya selama 36 tahun! Bagaimanakah agaknya ya? Rupa-rupanya lelaki tersebut, Kiriya Hiroshi sebenarnya telah lama melabur dalam pasaran saham. Ia dimulakan Kiriya semenjak berusia 35 tahun lagi dan kini usianya sudah mencecah 71 tahun. Nilai saham yang dimilikinya juga mencecah 300 juta yen (RM11,800,000). Untuk pasaran saham di Jepun, terdapat satu sistem khas di mana pelabur akan mendapat pelbagai baucar sebagai satu bentuk ganjaran. Setakat ini, Kiriya difahamkan telah melabur di lebih 900 buah syarikat dan sebagai ganjaran, dia diberikan baucar yang menarik pada setiap tahun. Malah Kiriya juga hanya menunggang basikal sahaja untuk ke mana-mana.. Menurutnya, dia akan menggunakan baucer dan kupon tersebut bagi membeli makanan dan keperluan harian seperti beras, minyak, pakaian

Rakyat Malaysia bawa rokok elektronik ditahan di Woodlands

  SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura berhubung rampasan rokok elektronik dan beberapa peralatan berkaitan dengannya. Sembilan set rokok elektronik dan 113 botol aksesori rokok elektronik dijumpai dalam sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands awal Ahad lepas. Sebahagian daripada rokok elektronik itu dijumpai tersembunyi di dalam but manakala selebihnya dijumpai di belakang ruang simpanan kecil, dalam ruang radio dan di bawah kerusi belakang kereta berkenaan. Suspek berusia 26 dan 34 tahun itu kini membantu siasatan berhubung kegiatan penyeludupan menyeberangi Tambak Johor. Kenyataan bersama ICA dan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini menyatakan semasa tiba di pusat pemeriksaan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, seorang pegawai mengarahkan kereta itu menjalani pemeriksaan rutin yang membawa kepada penemuan rokok dan barangan itu. Singapura me

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Image
  PETALING JAYA: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, dihukum denda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Majistret Mohd Azali Ibrahim turut memerintahkan Vida selaku orang kena saman (OKS), menjalani tambahan hukuman penjara lima bulan, jika gagal membayar denda. Berdasarkan kertas pertuduhan, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman Hasmiza, 46, itu didakwa menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti yang dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, di sini, antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari, pada 18 Julai 2016. Pendakwaan terhad

Kepentingan sarapan pagi

Image
  SARAPAN membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. SARAPAN adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah. Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas. Kaitan sarapan dengan kesihatan badan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Kajian yang diterbitkan Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati 78 peratus responden berjaya mengurang dan mengekalkan berat badan dengan pengambilan sarapan secara berterusan. Waktu dan pilihan makanan yang sesuai: - Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi. - Elakkan menggabungkan sarapan dan makan tengah hari (brunch). - Pemilihan sarapan terutama yan

Nasi lemak 10 makanan paling sihat - TIME

Image
  KUALA LUMPUR Nasi lemak, hidangan kebangsaan yang digemari semua kaum di Malaysia, dinobatkan antara makanan paling sihat di 10 negara di dunia oleh majalah TIME, semalam. Keenakan nasi lemak dengan aroma santan dan daun pandan yang semakin digemari ramai, termasuk pelancong luar negara itu digambarkan sebagai hidangan paling laris ketika sarapan. Laporan majalah yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu antara lain mengakui nasi lemak mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. "Biarpun makanan itu sedikit berlemak, ia seimbang kerana kaya dengan sumber protein dan karbohidrat. Cili dalam sambal yang dihidang bersama nasi lemak juga dapat meningkatkan metabolisme seseorang," menurut majalah itu. Perakuan mengenai khasiat nasi lemak itu turut disokong oleh fakta mengenai hidangan sampingan yang lazimnya disediakan sebagai pemangkin selera tatkala dijamah. Antara hidangan sampingan nasi lemak adalah telur rebus kerana mempunyai kandungan Omega-3 yang ti

Ramuan sunnah dalam resepi Chicken Chop

Image
  MENU Chicken Chop dihidangkan bersama kentang dan sos. HARI ini, masyarakat perlu mengakui, hidangan chicken chop semakin mendapat tempat dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Hidangan Barat itu bukan lagi sekadar menjadi pilihan orang kebanyakan. Siapa mampu menepis keenakan hidangan chicken chop yang panas dan dilimpahi sos mewah dengan rasanya yang asli untuk dinikmati bersama keluarga. Namun, apa kata anda menyediakan sendiri hidangan chicken chop itu kerana ia lebih menjimatkan dan pastinya ia lebih memberikan kepuasan apabila dapat menyajikan makanan daripada air tangan sendiri. Tidak sukar menyediakan hidangan digemari ramai itu, malah hanya dengan anggaran masa lapan minit, ia sudah boleh tersedia di depan mata. Bahan campuran istimewa Sememangnya, kedengaran agak mustahil, namun jika anda mempunyai tempat pemanggang, mungkin boleh mencuba resipi yang dikongsikan pemilik bersama yang juga cef dari Restoran Warm Warm Chicken Chop, Wan Mohd Haidzar Wan Puteh. Menariknya r