Posts

Showing posts from November, 2020

Rakyat Malaysia bawa rokok elektronik ditahan di Woodlands

  SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura berhubung rampasan rokok elektronik dan beberapa peralatan berkaitan dengannya. Sembilan set rokok elektronik dan 113 botol aksesori rokok elektronik dijumpai dalam sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands awal Ahad lepas. Sebahagian daripada rokok elektronik itu dijumpai tersembunyi di dalam but manakala selebihnya dijumpai di belakang ruang simpanan kecil, dalam ruang radio dan di bawah kerusi belakang kereta berkenaan. Suspek berusia 26 dan 34 tahun itu kini membantu siasatan berhubung kegiatan penyeludupan menyeberangi Tambak Johor. Kenyataan bersama ICA dan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini menyatakan semasa tiba di pusat pemeriksaan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, seorang pegawai mengarahkan kereta itu menjalani pemeriksaan rutin yang membawa kepada penemuan rokok dan barangan itu. Singapura me

Datuk Seri Vida didenda RM4,800

Image
  PETALING JAYA: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, dihukum denda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Majistret Mohd Azali Ibrahim turut memerintahkan Vida selaku orang kena saman (OKS), menjalani tambahan hukuman penjara lima bulan, jika gagal membayar denda. Berdasarkan kertas pertuduhan, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman Hasmiza, 46, itu didakwa menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti yang dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, di sini, antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari, pada 18 Julai 2016. Pendakwaan terhad

Kepentingan sarapan pagi

Image
  SARAPAN membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. SARAPAN adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah. Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas. Kaitan sarapan dengan kesihatan badan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Kajian yang diterbitkan Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati 78 peratus responden berjaya mengurang dan mengekalkan berat badan dengan pengambilan sarapan secara berterusan. Waktu dan pilihan makanan yang sesuai: - Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi. - Elakkan menggabungkan sarapan dan makan tengah hari (brunch). - Pemilihan sarapan terutama yan

Nasi lemak 10 makanan paling sihat - TIME

Image
  KUALA LUMPUR Nasi lemak, hidangan kebangsaan yang digemari semua kaum di Malaysia, dinobatkan antara makanan paling sihat di 10 negara di dunia oleh majalah TIME, semalam. Keenakan nasi lemak dengan aroma santan dan daun pandan yang semakin digemari ramai, termasuk pelancong luar negara itu digambarkan sebagai hidangan paling laris ketika sarapan. Laporan majalah yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu antara lain mengakui nasi lemak mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. "Biarpun makanan itu sedikit berlemak, ia seimbang kerana kaya dengan sumber protein dan karbohidrat. Cili dalam sambal yang dihidang bersama nasi lemak juga dapat meningkatkan metabolisme seseorang," menurut majalah itu. Perakuan mengenai khasiat nasi lemak itu turut disokong oleh fakta mengenai hidangan sampingan yang lazimnya disediakan sebagai pemangkin selera tatkala dijamah. Antara hidangan sampingan nasi lemak adalah telur rebus kerana mempunyai kandungan Omega-3 yang ti

Ramuan sunnah dalam resepi Chicken Chop

Image
  MENU Chicken Chop dihidangkan bersama kentang dan sos. HARI ini, masyarakat perlu mengakui, hidangan chicken chop semakin mendapat tempat dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Hidangan Barat itu bukan lagi sekadar menjadi pilihan orang kebanyakan. Siapa mampu menepis keenakan hidangan chicken chop yang panas dan dilimpahi sos mewah dengan rasanya yang asli untuk dinikmati bersama keluarga. Namun, apa kata anda menyediakan sendiri hidangan chicken chop itu kerana ia lebih menjimatkan dan pastinya ia lebih memberikan kepuasan apabila dapat menyajikan makanan daripada air tangan sendiri. Tidak sukar menyediakan hidangan digemari ramai itu, malah hanya dengan anggaran masa lapan minit, ia sudah boleh tersedia di depan mata. Bahan campuran istimewa Sememangnya, kedengaran agak mustahil, namun jika anda mempunyai tempat pemanggang, mungkin boleh mencuba resipi yang dikongsikan pemilik bersama yang juga cef dari Restoran Warm Warm Chicken Chop, Wan Mohd Haidzar Wan Puteh. Menariknya r

Roti perata coklat pisang kreatif, bangkitkan selera

Image
  ROTI perata coklat pisang. - Foto Muhd Asyraf Sawal ROTI perata atau pun lebih dikenali roti canai adalah antara makanan kegemaran penduduk Malaysia. Makanan yang diperbuat daripada tepung gandum ini, enak dicicah dengan kuah kari atau dal. Lazimnya, untuk merasakan keenakan roti perata, kebanyakan lebih senang menikmatinya di warung ataupun di restoran kerana untuk membuat hidangan ini, agak rumit dan perlukan kemahiran.     Namun, untuk memudahkan makanan ini dihidangkan di rumah dan pada bila-bila masa, kini ia diperkenalkan dalam jenis makanan sejuk beku. Justeru, bagi mereka yang teringin untuk menikmati roti perata tetapi berasa malas keluar makan di luar, bolehlah memilih roti perata sejuk beku sebagai pilihan kerana ia mudah disediakan. Tanpa perlu bersusah payah, letak saja roti perata sejuk beku di dalam kuali, tidak sampai 10 minit ia sudah pun masak dan boleh dimakan. Malah, roti perata sejuk beku boleh disimpan lama sehingga tiga bulan, sekali gus anda boleh simpan stok

Piza sosej guna roti perata mudah, ringkas

Image
  PIZA Perata Sosej. - Foto Muhd Asyraf Sawal HIDANGAN piza antara digemari ramai, dari kalangan dewasa hinggalah yang si kecil. Jika teringin makan piza, pergi saja ke restoran segera yang menyajikan hidangan itu, dapatlah menikmatinya. Malah, di pasar malam juga ada menjual piza yang tidak kurang rasa keenakannya. Kalau berasa malas hendak keluar rumah, boleh pesan hidangan itu untuk penghantaran ke rumah. Kini banyak jenis piza boleh didapati dengan pelbagai rasa yang berbeza. Pilih mana satu yang digemari, sama ada berasaskan sayur-sayuran, makanan laut, tuna dan sebagainya. Tidak perlu uli Namun, apa kata sesekali anda luangkan masa dan buat sendiri piza mengikut cita rasa diinginkan. Dengan menggunakan roti perata sejuk beku, hidangan piza mudah disediakan kerana anda tidak perlu lagi bersusah payah menguli tepung untuk menyediakan doh. Malah, rasanya tetap enak. Paling menyeronokkan, anda boleh letak apa saja pada bahagian atas piza bagi menambahkan kelazatan dan memenuhi selera

Perata pisang sejuk beku pertama di Malaysia

Image
  PENGARAH Urusan Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Fatihah Anis Ibrahim menunjukkan inovasi perata durian pertama di Malaysia dan dunia yang dihasilkan syarikatnya dan dipamerkan di Malaysia Fest 2017 yang kini sedang berlangsung di Dewan Singapore Expo di Singapura. SINGAPURA: Syarikat menjual produk sejuk beku bumiputera, Fatihah Frozen Food Sdn Bhd buat julung kalinya bakal memperkenalkan perata pisang pertama di Malaysia menjelang hujung tahun ini. Apa yang menarik, dengan menggunakan sendiri teknologi dan inovasi ciptaan sendiri, produk perata pisang sejuk beku itu mampu bertahan selama dua tahun tanpa menggunakan perasa tambahan atau bahan pengawet. Pengarah Urusannya, Fatihah Anis Ibrahim, berkata menerusi bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari aspek pemasaran, produk itu akan diperkenalkan khusus untuk pasaran eksport. Katanya, syarikatnya juga mendapatkan bekalan pisang berkualiti dari Sabah yang juga turut dibantu oleh FAMA. "Selepas 10 tahun bersama FAM

"Saya sokong dari rumah"

Image
  S.Nadarajah, 56 (kiri) dibantu isterinya, V. Thirusundari, 52 yang merupakan ibu dan bapa kepada penyerang skuad bola sepak negara, N.Thanabalan yang beraksi cemerlang sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika ditemui di kediaman mereka di Senawang, Negeri Sembilan. . - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman SEREMBAN: Peledak gol tunggal untuk Malaysia ketika separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2017 menentang Indonesia, N Thanabalan, mungkin tidak dapat memenuhi impian membawa bapanya menyaksikan pertandingan akhir Selasa ini. Bagaimanapun, bapanya, S Nadarajah, 56, yang lumpuh dari dada hingga kaki akibat kemalangan motosikal tetap akan memberi sokongan dari rumah. "Thanabalan memang mahu saya datang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak. S.Nadarajah, 56 (kiri) dibantu isterinya, V. Thirusundari, 52 yang merupakan ibu dan bapa kepada penyerang skuad bola sepak negara, N.Thanabalan yang beraksi cemerlang sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika ditemui di kediama