Bahu kaku banyak serang wanita
PROSEDUR 'Manipulation Under Anesthesia' (MUA). RASA lenguh dan sengal badan adalah antara situasi yang kerap dialami. APABILA usia mencecah 40 tahun dan ke atas, tahap kesihatan setiap individu itu akan mula merosot. Rasa lenguh dan sengal badan adalah antara situasi yang kerap dialami. Antara bahagian badan yang sering mengalami kesakitan adalah lutut dan bahu. Bagi Norrihan Sulan, 52, beliau mula rasa sakit pada bahagian bahu sejak enam bulan lalu. Beliau tidak mengendahkan kesakitan itu kerana menyangka hanya sengal badan yang biasa dialami mereka yang sudah berusia. Bagi mengurangkan rasa sakit, katanya dia hanya menggunakan khidmat tukang urut selain mengambil ubat penahan sakit. "Rasa sakit pada bahagian bahu berkurangan selepas diurut dan tidak lama selepas itu kembali sakit. "Sakitnya tidak boleh digambarkan. Sampai satu tahap, dari paras lengan ke bahu akan merasa sakit apabila saya hendak mengambil sesuatu di tempat tinggi. "Contohnya, hendak ambil b...